Tuesday, May 17, 2011

how to dump your girlfriend

ahaha.. hari ini aku nak share dengan anda semua (yang masih belum berkahwin) cara-cara atau langkah yang boleh dibuat untuk tinggalkan kekasih hati anda.. kebetulan baru-baru ini ada rakan aku meminta pendapat aku "wei aku tak suka la kat budak ni, macam mana aku nak tinggal dia?" walaupun aku tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni, at least aku bercerita jugak lah kat kawan aku sorang ni.. orang perlu kita jadi pendengar yang setia, so aku melayan ja lah.. kah kah kah




1. mula-mula sekali, kalau anda ada kekuatan dan mampu untuk berterus terang, lebih baik anda cakap direct kepadanya bahawa anda rasa hubungan anda tidak akan kekal lama.. ataupun gunakanlah ayat-ayat kiasan seperti "mak i tak suka kat u la camna ni?" atau "kita ni selalu sangat gaduh kan? nanti dah kawin pun macam ni jugak ka?"..


video : terus terang


2. kalau dah cakap jujur pun si dia tetap tak mau lepaskan anda jugak, anda boleh buat dengan lebih kejam.. contohnya seperti menulis status di facebook bagi semua orang tahu "aku tak suka kat sipulan sipulan.. mencik tau.. auww" ataupun sekiranya anda memiliki blog, anda juga boleh menulis di dalam blog anda.. kah kah kah.. nak lagi kejam? mintak putus melalui mana-mana stesen televisyen macam dalam video ni..





3. kalau cara 1 dan 2 pun dia tetap mahukan anda jadi teman hidup dia, anda terpaksa gunakan sedikit kekerasan untuk membuatkan si dia betul-betul paham bahawa anda tidak menyukai atau menyayangi dirinya.. kekerasan ni bukan bermaksud memukul si dia.. tapi melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa si dia.. contoh? tengok video ni pulak..




lepas aku ceritakan semua-semua ni kat rakan aku, dia cakap "uishh.. takut gak aku kalau aku tinggal dia nanti dia bomohkan aku".. memang takleh nafi.. orang melayu kita ni kebanyakannya takut untuk menyatakan perasaan di hati ni kerana takut kena sihir.. dah tiga empat rakan aku kena benda-benda camni.. jadi untuk mengurangkan kerisauan rakan aku yang tengah dalam dilema ni aku cadangkan idea lain pulak..


selain dari mintak putus kat kekasih anda, anda juga boleh berusaha untuk membuatkan kekasih anda yang mintak putus kepada anda.. kah kah kah.. teknik ini agak sukar dilakukan kerana anda perlu kenal cara berfikir pasangan anda dan tahu apa yang dia suka dan tidak suka.. teknik ini sebenarnya sangat super kejam kerana ianya mampu meracuni perasaan dan pemikiran pasangan anda dimasa akan datang..


jadi aku rasa tak perlulah aku bercerita panjang cara untuk membuatkan kekasih anda yang mintak putus.. tak baik mainkan perasaan orang!! kah kah kah.. aku sendiri pulak macam mana? pengalaman aku putus cinta? mintak putus? sepanjang aku hidup dan bercinta, aku tak pernah tinggal orang.. orang yang tinggalkan aku :( auww..


** p/s : kalau tak suka, jangan bagi harapan kat orang